Friday, May 8, 2009

Seniman Agung & Nostalgia Jalan Ampas

Masyarakat memberikan gelaran Seniman Agung kepada P.Ramlee sesudah beliau tiada lagi di dunia ini.

Bukan saja P.Ramlee, malah bintang-bintang lain di Malay Film Production Shaw Brothers (MFP), Singapura di era kegemilangan filem Melayu tahun 50-an dan 60-an berjuang untuk mempertingkatkan mutu filem Melayu tanpa mengejar nama. Mereka saling bantu-membantu dalam set penggambaran sehingga lahirlah filem-filem melayu bermutu tingi yang sehingga kini tak jemu ditonton seperti P.Ramlee dengan Filem Ibu Mertuaku dan Antara Dua Darjat, Jamil Sulong dengan Batu Belah Batu Bertangkup, Singapura Dilanggar Todak dan Lela Manja, Omar Rojik dengan Sumpah Wanita, Batu Derhaka dan Isi Neraka (sekadar menyebut beberapa contoh)

Mereka bukan mengejar nama tetapi membiarkan masyarakat menilai mereka, menilai hasil karya mereka di mata masyarakat disamping memberikan hiburan dengan membawa nilai-nilai kehidupan yang dipertontonkan untuk difikirkan sebagai pengajaran.





P.Ramlee bersama-sama dengan pelakon-pelakon Filem Musang berjanggut bersama krew-krew dan juga warga Studio Jalan Ampas mengadakan majlis tahlil dan doa selamat sebelum pengeluaran Filem Musang Berjanggut (1959).

Beza antara filem-filem yang diusahakan di zaman P.Ramlee, edaran sesebuah filem sebelum dipertontonkan kepada umum selalunya didahului dengan majlis doa selamat. Teramat jauh bezanya dengan zaman sekarang, produser-produser filem selalunya suka mengadakan sidang akhbar dan juga majlis-majlis di hotel-hotel yang bercampur dengan unsur-unsur kelalaian ( tidak semua). Pengarah, pengeluar filem sekarang juga jarang untuk mnedapatkan pandangan alim ulama sebelum membuat sesebuah filem. Mereka lebih mementingkan keuntungan dan mengikut selera semasa dengan karenah anak muda yang gila asmara dan mabuk dengan rempit di jalan raya.



Tuan Dhiresh Ghosh bersama seniwati Normadiah, Mariani dan Saadiah dalam Majlis Kenduri sebelum pelancaran filem Siti Muslihat (1962).



Seniwati Rosnani, Sarimah bersama-sama dengan Ungku Mohd Salleh AL-Haj dan Tuan Syed Osman, kedua-duanya adalah Pegawai dari Majlis Agama Islam Johor yang merupakan Pegawai Majlis Penapis Filem MFP yang telah mendadakan lawatan ke Studio Jalan Ampas pada 16 Januari 1962. Antara pelakon yang menjadi anggota dalam Majlis Penapis Filem ini adalah S Kadarisman dan HM Rohaizad, bekas suami Seniwati Mariani.




Pelakon Tv terkenal Bollywood, Benny Hills melawat Studio Jalan Ampas ketika penggambaran Filem Alibaba Bujang Lapok sedang berlangsung pada penghujung tahun 1960. Filem Alibaba Bujang Lapok mula diedarkan untuk tayangan umum pada 31 Januari 1960. Kelihatan dalam gambar aksi S Shamsudin berlagak mahu membelah perut Benny Hills diperhatikan oleh Seniman A Rahim, Sarimah dan Pengarah P.Ramlee.

P.Ramlee membetulkan prop peralatan dan bahan yang akan digunkaan dalam set penggambaran Filem Alibaba Bujang Lapok sambil diperhatikan oleh Normadiah dan Sarimah. Begitulah telitinya P.Ramlee sehinggakan kedudukan benda-benda kecil seperti rampah ratus dalam dulangpun diberikan perhatian serius.















Pengarah P.Ramlee bersama krew-krew dalam set penggambaran Filem Alibaba Bujang Lapuk sedang berehat. Kelihatan S Sudarmaji memperkatakan sesuatu, barangkali berbincang bagaimana cara untuk memperkemaskan lagi filem Alibaba Bujang Lapok. Begitulah selalunya P.Ramlee, pakaiannya simple saja, berbaju singlet putih dan berseluar slte dalam setiap masa dalam set penggambaran filem-filem arahan beliau.

Pengurus Besar Pertubuhan Shaw Brothers tersenyum bangga atas anugerah kemenangan A Bakar Ali (kiri) bagi anugerah Fotorafi Hitam Putih terbaik bagi Filem Sumpah Orang Minyak (1958) arahan P.Ramlee. Dari kiri, A Bakar Ali, Salmah Ismail @ Saloma, Tuan Runme Shaw dan P.Ramlee.

Bintang-bintang pujaan tahun 1955 hasil dari undian nasional. P.Ramlee memenangi hadiah Pengarah Terbaik, Saadiah anugerah Seniwati Pujaan, Salleh Kamil & Siti Tanjung Perak masing-masing menerima anugerah seniman dan seniwati pembantu terbaik.



.. bersambung

No comments: